WhatsApp-Image-2024-01-08-at-11.55.20-AM

"𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dan isi rumah ke dalam sistem PADU.
Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐢𝐜𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐮𝐛𝐬𝐢𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐬𝐚𝐫, 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 melalui sistem PADU.
𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐏𝐀𝐃𝐔?? PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan "near real time" ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.
Oleh itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Ranau Kota Marudu mengalu-alukan kedatangan anda ke PEDi Kg Ranau dan jangan lupa untuk membuat temujanji dengan Petugas."