PENGUSAHA PARANG (ULUBADI)

Jika berkunjung ke Kampung Ranau Jalan Sharif Osman Kota Marudu Sabah, pengunjung pasti tertarik dengan hasil pembuatan parang yang diusahakan oleh Encik Zaim Bin Yassin (52). Beliau telah memulakan perniagaan ini kira-kira 14 tahun yang lalu dengan hanya berpandukan usaha dan minat sendiri tanpa ada asas khas (Kursus) untuk mempelajari dalam bidang pembuatan parang. Beliau menjalankan perusahaan pembuatan parang ini disebabkan faktor minat terhadap kraftangan parang sejak kecil lagi dan berjaya menguasai secara total akan teknik pembuatan parang ketika berumur 30an dan menjadikan bidang tersebut sebagai mata wang pencarian didalam kehidupan hari-harian beliau bagi  menampung seisi keluarga. 

Encik Zaim memulakan perniagaannya dengan hanya bermodalkan sumber semula jadi atau bahan yang ada di kawasan rumahnya iaitu pokok kayu jati atau kayu malam dan besi buangan (spring kereta) dan apabila mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai, beliau terpaksa membeli besi-besi buangan tersebut dan sumber kayu juga harus di beli dengan bermodalkan dalam anggaran RM100 (ikut permintaan ramai). Manakala tempat atau bengkel parang beliau juga perlu dibesarkan untuk keselesan beliau bertukang dan meletakkan sampel-sampel parang untuk dipamerkan kepada pengunjung. Tempoh pembuatan parang yang diusahakan oleh Encik Zaim biasanya akan siap secara penuh dalam masa 2 minggu iaitu lengkap dengan sarung parang dan mata pisau yang sangat tajam dan besi yang berkualiti. 

Jenis parang yang paling digemari dan banyak permintaan daripada orang ramai ialah  bentuk parang Pida yang lazimnya akan digunakan bagi tujuan penyembelihan haiwan atau dijadikan sebagai koleksi. Harga bagi parang yang dihasilkan adalah berdasarkan bentuk dan saiz atas permintaan pembeli. Sebagai contoh, sekiranya pembeli menginginkan mata pisau sahaja harga yang diberi adalah diantara RM70 hingga RM100 ke atas. Manakala harga bagi parang dan sarung sekali ialah antara RM300 hingga keatas. 

Hasil kerja keras beliau, Encik Zaim pernah memperolehi pendapatan sebanyak RM3,000 sehari apabila mendapat permintaan parang untuk dijadikan sebagai cenderahati kepada Menteri atau orang yang bernama. Selain daripada itu juga, Encik Zaim sangat dikenali dengan hasil parang yang diusahakan sangat berkualiti dan sering mendapat jemputan untuk menganjurkan bengkel atau pameran parang daripada Yayasan Sabah Corporated dimana beliau akan pergi ke seluruh Sabah untuk mempamerkan hasil kraftangan parang yang diusahakan (Roadshow Yayasan Sabah). Encik Zaim juga mendapat bimbingan dan sokongan daripada kraftangan sabah daripada Yayasan Sabah Corporated. Dan Kini, Encik Zaim Bin Yassin dibawah bimbingan Usahawan Digital PEDi Kg Ranau bagi memperluaskan lagi penjanaan pendapatan.

45736496 1906828609372276 1330397636406018048 o

DSCN1161

IMG 9261

IMG 9265

IMG 9268

DSCN1217