SEJARAH KAMPUNG RANAU

Kampung Ranau merupakan sebuah kampung yang kini pesat membangun, ianya terletak kira-kira 8km dari Pekan Kota Marudu. Menurut sumber orang lama pada zaman pemerintahan Jepun semasa memasuki kampung ini, kegiatan ekonomi penduduk kebanyakkanya ialah menanam ubi kayu dan mereka dipaksa untuk membuat kerja-kerja seharian demi untuk menyara kehidupan keluarga dan terpaksa membanting tulang membuat kerja-kerja berat.

Selepas zaman pemerintahan Jepun, kampung Ranau dijajah oleh orang-orang Belanda. Pada ketika ini, kehidupan  dan keharmonian penduduk kampung Ranau agak baik sedikit berbanding pada zaman jajahan Jepun dimana sumber ekonomi bertambah kepada penanaman Tembakau. Di atas sumber tembakau tersebut hasil pembahagian dibahagi  kepada 10/3, dimana jika mereka mendapatkan hasil 10 guni tembakau maka 3 guni akan diserahkan kepada pihak Belanda sebagai cukai.

 

ASAL USUL NAMA KAMPUNG RANAU

Asal usul nama kampung Ranau tidak dapat ditentukan secara terperinci oleh kerana ianya tiada hasil bukti catatan yang tepat daripada mana-mana hasil pengkaji ataupun melalui lisan orang-orang lama. Hal ini juga disebabkan oleh maklumat dapatan daripada orang-orang lama juga tidak sempat tercatat kerana sudah meninggal dunia dan asal usul nama kampung yang sebenar dan tepat tidak dapat ditentukan. Oleh yang demikian hanya sedikit perkaitan pendekatan asal usul yang mereka gunakan iaitu hasil nama kampung tersebut berasal daripada kegiatan ekonomi bersawah padi daripada suku kaum Bajau pada era jajahan Jepun dan Belanda iaitu "Ranau" dalam bahasa etnik Bajau bermaksud "sawah padi" dalam bahasa melayu. Oleh itu, penggunaan nama Kampung "Ranau" digunakan sehingga sekarang dan kini kampung Ranau telahpun membangun dengan pesat dengan infrastruktur jalan raya yang baik, sistem perpaipan air, tiang eletrik serta kemudahan lain seperti bangunan sekolah, masjid, bustop kampung, dewan balai raya, dan terkini ialah Pusat Internet. Hasil kegiatan ekonomi penduduk kampung Ranau pada masa kini adalah melakukan aktiviti pertanian, penternakan, dan juga perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit dan kedai makan kawasan kampung dan separuh daripada kampung ranau yang lain berkerja di sektor kerajaan.  

 

 Sumber Rujukan / Carian : Profail Setiausaha Kg Ranau, Encik Yusup Bakrin

 

 AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU

Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen P168 Kota Marudu adalah YB Datuk Wetrom Bin Bahanda

P168

 

MAKLUMAT

 

Nama

YB Datuk Wetrom Bin Bahanda

Parti

KDM

Tempat Duduk

D-60

Parlimen

P168

Kawasan

KOTA MARUDU

Negeri

Sabah

No. Telefon

088-661685

No. Faks

 

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat Surat-menyurat

Lot 578, H.No 5, Lorong Raja Udang 12, Taman Kingfisher 11, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

 

 Sumber Rujukan / Carianhttps://www.parlimen.gov.my/index.php (Portal Rasmi Parlimen Malaysia)

 

 

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KOTA MARUDU (ADUN) 

 

Kawasan Parlimen Kota Marudu terbahagi kepada dua kawasan ADUN iaitu N4 Matunggong dan juga N5 Tandek. Walaubagaimanapun, terkini Kota Marudu adalah dibawah ADUN N6 Bandau yang disandang oleh YB Datuk Wetrom Bin Bahanda (BERSATU)

datuk-wetrom

YB Datuk  Wetrom Bin Bahanda ADUN N6 Bandau (Kawasan Kota Marudu)

Pembantu Menteri  Kepada Ketua Menteri

 Sumber Rujukan / Carian : http://www.sabah.gov.my/dun/ms/ (Laman Web Rasmi Undangan Negeri Sabah)

https://bkd.sabah.gov.my/?q=content/pembantu-menteri (Laman Web Bahagian Kabinet & Dasar)