SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI Kampung Ranau Kota Marudu.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Kampung Ranau menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 
JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Kampung Ranau telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2018. Orang Ramai atau komuniti setempat telah mendaftarkan diri di NADI Kampung Ranau bagi mendapat perkhidmatan yang disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

  AHLI LAMA 2023

735

  AHLI BARU BULAN JULAI  2024

3
 KESELURUHAN PADA JULAI  2024 738
 
 
 
 KENALI PETUGAS PEDi :

 

PENGURUS 
 photo 6064311127384373712 x
 
Nama : Azreen Binti Jamil
Mula berkhidmat : 08 April 2022
 photo 6064311127384373711 m
 
PENOLONG PENGURUS
 
Nama : Erlina Veronica Malekan
Mula berkhidmat : 28 Februari 2022