Tujuan

Kelas membuat roti yang diadakan di NADI Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahu cara yang mudah menghasilkan Egg Tart dan kek puding. 

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai resipi egg tart dan kek. Seterusnya, para peserta telah diberikan resipi dan teknik untuk membuat kuih sambil mereka diarahkan untuk membuat egg tart dan kek puding secara praktikal dengan bantuan tenaga pengajar Miss Lina. Sepanjang kelas ini dijalankan, tenaga pengajar juga telah berkongsi tentang cara-cara untuk menjadi usahawan roti dan kek dengan permulaan perniagaan secara kecil-kecilan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat poster atau dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster dan membuat sajak menggunakan canva  yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. 

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster dan sajak kemerdekaan mereka. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster dan sajak kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi canva. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan bahasa english kepada ahli NADI. Program e-learning bahasa English ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam penggunaan bahasa English yang mana merupakan bahasa yang harus dipelajari pada masa kini terutama di kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar NADI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli NADI Kg Ranau. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa English terlebih dahulu oleh petugas NADI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu http://www.funenglishgames.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan bahasa inggeris yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti pertandingan kuiz Kemerdekaan secara dalam talian yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan sebagai satu didikan kepada generasi baharu agar menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi dahulu serta berusaha mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah. Pertandingan ini dianjurkan secara dalam talian (Terbuka) kepada komuniti setempat. Ahli NADI Kg Ranau tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini. 

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan tentang pertandingan ini. Peserta akan memasukkan email dan nombor telefon dalam menyertai pertandingan kuiz kemerdekaan ini. Sepanjang aktiviti ini, para peserta sangat komited menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Kemerdekaan. 

Gambar Disini


 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini diteruskan dengan pembelajaran mengenai Microsoft Office Excel. Pembelajaran kali ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Pelajar juga akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian /pejabat atau tugasan pada masa akan datang.

 Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, mereka telah belajar cara  untuk membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.

Gambar Disini