Nama         :  Rosediannah Binti Kotung

 Umur         :  38 Tahun

 Ahli            :  2023

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rosediannah menjalankan perniagaan sayur hidroponik bermula pada tahun 2022. Selain daripada itu juga beliau menjalankan perniagaan sampingan lain iaitu menjual pelbagai jenis bunga seperti bunga kertas dan bunga keladi. Beliau berusia 38 Tahun dan merupakan ahli peladang kota marudu. Beliau sangat berminat dengan bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai seorang usahawan bunga sahaja dan seterusnya beliau mendapat idea untuk mengusahakan satu tanaman sayur hidroponik di kota marudu. Hasil daripada usaha keras beliau mendapatkan dana atau modal dan juga penglibatan didalam kursus yang diadakan oleh pelbagai agensi mengenai bidang yang beliau ceburi seperti tanaman hidroponik, Beliau kini telahpun mempunyai satu perniagaan sendiri yang sedang maju iaitu perniagaan sayur hidroponik (toyyib agrofarm) yang semakin dikenali ramai. NADI kg Ranau menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan NADI, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan NADI, kini perniagaan beliau mula mencuba perniagaan lain diatas platform e-dagang seperti shopee. Puan Rosediannah masih dibawah bimbingan Petugas NADI Kg Ranau dalam memastikan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dapat dicapai setiap bulan. Perniagaan Puan Rosediannah mula mendapat perhatian dan dikenali melalui aktiviti promosi yang sering dijalankan oleh NADI Kg Ranau seperti mengiklankan sayur-sayur yang segar untuk meningkatkan lagi pemasaran produk beliau. Di samping itu, Puan Rosediannah juga semakin mahir dalam pengediting video dan gambar bagi tujuan promosi sayur-sayur beliau.

 Nama         :  Rika @ Norika Binti Abdul

 Umur         :  41 Tahun

 Ahli            :  2023

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rika menjalankan perniagaan makanan iaitu menjual kuih muih tradisional, membuat kek tapak kuda dan sate. Selain daripada itu, beliau membuat perkhidmatan penghantaran makanan serta penyediaan makanan ke vendor/kiosk sekolah. Mula berniaga pada tahun 2022 kerana ingin membantu suami dan menjana pendapatan dari rumah. Beliau seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak sangat aktif menjalankan perniagaan secara atas talian melalui hebahan media sosial seperti Facebook dan Kini Shopee ( Masih dalam proses pembelajaran di NADI Kg Ranau dan dibawah bimbingan petugas). Selain itu, Puan Rika juga menjalankan perniagaan secara offline dengan menjual makanan seperti kuih-muih dan kek tapak kuda di Pasar Tamu hujung minggu. Disamping menjalankan perniagaan makanan kuih muih dan kek ini, Puan Rika juga membuka perkhidmatan catering kuih-muih bagi pelanggan yang membuat tempahan khas untuk majlis-majlis besar, kenduri dan sebagainya. Tempahan kuih-muih beliau juga sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelbagai pelanggan. Puan Rika amat tertarik dengan tawaran dan bimbingan daripada Rakan Digital dan petugas NADI Kg ranau dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan beliau secara digital. Bersama-sama dengan NADI, beliau ingin meningkatkan penjanaan pendapatan secara digital dan menambah ilmu keusahawanan serta berkongsi Ilmu keusahawanan beliau kepada golongan wanita dan suri rumah melalui kelas masakan yang dianjurkan bersama-sama NADI Kg Ranau sekaligus dapat meningkatkan ilmu ICT beliau seterusnya meluaskan perniagaan agar dikenali diseluruh tempat terutama di atas platform E-dagang. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan NADI, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan secara tradisional seperti menjual ke tamu-tamu dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau serta menyediakan makanan ke kiosk sekolah /vendor kedai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan NADI, kini perniagaan beliau mula mencuba perniagaan lain diatas platform e-dagang seperti shopee. Puan Rika masih dibawah bimbingan Petugas NADI Kg Ranau dalam memastikan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dapat dicapai setiap bulan. Perniagaan Puan Rika mula mendapat perhatian dan dikenali melalui aktiviti promosi yang sering dijalankan oleh NADI Kg Ranau seperti Kelas Masakan yang dijalankan hasil kerjasama bersama NADI Kg Ranau. 

CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Haziah Binti Ismail

 Umur        :  14 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Haziah berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu yang berumur 14 tahun, merupakan pelajar sekolah menengah kota marudu. Adik Haziah juga adalah seorang pelajar tingkatan 2 di SMK Kota Marudu dan telahpun menjadi ahli NADI Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Haziah juga sangat berminat dengan kelas ICT serta program yang dijalankan oleh NADI Kg Ranau. Adik Haziah juga rajin mengikuti kelas ICT seperti microsoft word, power point dan excel bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Haziah juga mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadikan NADI Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di NADI Kg Ranau, Adik Haziah hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office word, power point dan excel. Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Adik Haziah juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian aplikasi canva. Adik Haziah juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan NADI, Adik Haziah kini menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan internet pada masa kini. Adik Haziah juga menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Haziah juga turut mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB bersama petugas NADI Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Haziah telah berjaya menguasai asas microsoft office word, power point dan excel. Di samping itu, Adik Haziah juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh NADI Kg Ranau serta menggunakan NADI sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.

CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN STEM

Nama         :  Nuralya Nabilah Binti Julkepli

 Umur        :  14 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Nuralya berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu yang berumur 14 tahun, merupakan pelajar sekolah menengah SMK Kota Marudu. Adik Nuralya juga adalah seorang pelajar tingkatan 2 dan telahpun menjadi ahli NADI Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Nuralya juga sangat berminat dengan kelas ICT serta program yang dijalankan oleh NADI Kg Ranau. Adik Nuralya juga rajin mengikuti kelas ICT seperti microsoft word, power point dan excel bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Nuralya juga mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadikan NADI Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. Selain itu, Adik Nuralya juga sering mengikuti aktiviti STEM yang diadakan di NADI Kg Ranau untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di NADI Kg Ranau, Adik Nuralya hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office word, power point dan excel. Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Adik Nuralya juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian aplikasi canva. Adik Nuralya juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. Dalam bidang STEM juga, adik Nuralya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan NADI, Adik Nuralya kini menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan internet pada masa kini. Adik Nuralya juga menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Nuralya juga turut mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB bersama petugas NADI Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Nuralya telah berjaya menguasai asas microsoft office word, power point dan excel. Di samping itu, Adik Nuralya juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh NADI Kg Ranau serta menggunakan NADI sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.

 Nama         :  Mohd Ardhani Bin Mohd Zaini

 Umur         :  29 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Ardhani menjalankan perniagaan Makanan iaitu Produk Sambal Belacan. Beliau berusia 29 Tahun dan merupakan Ikon Usahawan PEDi Kg Ranau 2022-2023. Beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai peniaga goreng pisang jalanan dan mula menceburi bidang pencetakan sebagai agent/dropship terlebih dahulu kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan.Dan kini mula mencabar diri dengan menjalankan perniagaan makanan sendiri iaitu Sambal Belacan Zhas Recipe. Oleh yang demikian, beliau mempunyai dua perniagaan iaitu perkhidmatan cetakan dan juga perniagaan makanan. Hasil daripada usaha keras beliau berjaya mendapatkan dana (geran perniagaan) atau modal daripada DIDR dan Sebagainya, Produk beliau semakin dikenali dan mendapat peningkatan pendapatan dengan pemasaran digital ( E-dagang Shopee). Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan PEDi, kini perniagaan beliau semakin dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet (Nama dahulu) di area sekitar PEDi pada tahun 2018 dan 2019 dan tempahan sticker semakin meningkat melalui hebahan pameran kepada komuniti setempat dan juga bantuan promosi daripada petugas PEDi Kg Ranau. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Pertandingan Usahawan Baru Online PIK pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, Encik Mohd Ardhani telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PEDi dan merupakan salah seorang Peserta usahawan yang aktif bersama PEDi Kg Ranau dalam pertandingan Usahawan Digital PIK dan juga Peserta usahawan Program Pembangunan E-Dagang Shopee Komuniti Sabah Anjuran MCMC Sabah bersama PEDi Kg Ranau ( Dianugerahkan Usahawan Harapan Shopee). Tidak dinafikan, PEDi membantu dari segi peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 30% sepanjang Program Usahawan yang disertai oleh Encik Mohd Ardhani pada tahun 2021 walaupun didalam keadaan Pandemik pada ketika itu beliau tetap bersemangat dan berusaha. Begitujuga dengan Petugas sentiasa memberi sokongan dan promosi hebahan kepada perniagaan beliau di Media Sosial sehinggalah kini beliau adalah salah seorang peserta usahawan daripada Sabah (Seliaan TM) yang dijemput oleh MCMC, Pihak TM & MSD untuk mengadakan Pameran Produk bersama barisan usahawan yang hebat-hebat di Majlis Persidangan PEDi Madani 2023.

Gambar Disini