Kemudahan asas yang terdapat di Kampung Ranau dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat dan sekitarnya. Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang di sediakan, ia dapat memudahkan komuniti untuk melakukan aktiviti harian seperti  bersukan di padang bola,gelanggang sepak takraw dan menjalankan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang berdekatan. 

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di pekan Kota Marudu.Berikut merupakan kemudahan asas yang disediakan di kampung ranau.

 

Masjid Nawarah

DSCN0089

Masjid Nawarah ini terletak di dalam kawasan kampung Ranau dan merupakan salah satu masjid utama yang digunakan oleh kebanyakkan pekerja dan penduduk di kawasan berhampiran. Tempat ibadah ini boleh menjalankan aktiviti  seperti tempat solat berjemaat,solat jumaat,mengadakan majlis-majlis ilmu di kalangan penduduk.

 

Dewan Serbaguna Kg Ranau

DSCN0080

Dewan serbaguna ini disediakan untuk kemudahan semua penduduk kg ranau yang memuatkan ratus  orang dalam satu masa. Dewan serbaguna ini merupakan tempat menjalankan aktiviti samada rasmi, tidak rasmi atau riadah. Dewan ini juga dilengkapi dengan kemudahan gelanggang badminton, kerusi dan meja.

 

Tempat Riadah(Gelanggang 3 in 1) 

DSCN0114

Tempat riadah yang terdapat di kg Ranau ialah Gelanggang dan Padang. Penduduk boleh menjalankan aktiviti bersenam dan bersukan. Kewujudan tempat riadah ini juga menjadi tempat berkumpul untuk mengeratkan hubungan antara jiran tetangga . Interaksi ini memastikan hubungan antara penduduk lebih mesra dan terjalin rapat tidak kira tua dan muda.

 

Pondok Perhentian bas

 DSCN0109

 Pondok perhentian bas yang di sediakan di kawasan kampung Ranau memudahkan masyarakat terutamanya murid-murid sekolah kampung Ranau untuk menunggu bas sekolah mereka. Selain itu,penduduk kampung dapat menunggu bas dengan selesa dengan adanya kemudahan awam ini.

 

Bilik Rela kg ranau

DSCN0084 

Bilik Rela Kampung Ranau yang terdapat di kawasan kampung Ranau memudahkan Ahli Jawatankuasa kampung Ranau dan ketua kampung untuk berkumpul bersama-sama bagi membincangkan perkara-perkara yang ingin dilakukan di kampung tersebut.

 

Balai Raya Kg Ranau 

DSCN0116

  

Balai raya kampung Ranau merupakan balai tempat orang ramai berhimpun untuk membuat perjumpaan, mesyuarat, aktiviti sosial atau aktiviti lain. Balai raya ini memudahkan semua masyarakat setempat khususnya penduduk kampung ranau.

 

Sumber Rujukan / Carian : Gambar diambil sendiri oleh Petugas & maklumat daripada orang kampung