Tujuan

Latihan keusahawanan modul pertama ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para beliawanis atau suri rumah yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sesuatu iklan atau gambar produk mereka dengan lebih menarik. Latihan ini juga adalah untuk mengajar mereka secara asas dengan menggunakan komputer untuk menghasilkan  iklan gambar atau gambar produk yang menarik dan sesuai. Selain itu juga, tujuan latihan ini dijalankan agar para beliawanis atau suri rumah mahir menggunakan komputer sebagai asas teknologi dalam pemasaran produk mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Ranau. 

Aktiviti

Kelas latihan dijalankan dengan memberi penerangan sedikit tentang penggunaan komputer untuk menghasilkan  gambar yang menarik melalui microsoft power point. Para peserta diajar secara satu persatu bagaimana hendak menyunting gambar untuk kelihatan lebih menarik. Penggunaan microsoft power point dijadikan sebagai langkah asas kepada para peserta untuk menyunting gambar kerana ianya sangat mudah untuk difahami, ringkas dan cepat. Secara keseluruhannya, para peserta faham dan mahir dalam menggunakan microsoft power point untuk menyunting gambar produk mereka.

Gambar Di Sini