Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menguji tahap kemampuan para belia dalam menggunakan komputer bagi aktiviti menaip. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kemahiran menaip secara berterusan kepada para belia dengan menggunakan laman web https://www.typingpal.com. Oleh itu, hasil daripada aktiviti ini dapat membantu belia pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat dan potensi para belia sekaligus dapat memupuk rasa cinta akan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.

Aktiviti

Para belia diberikan tugasan untuk menyiapkan teks yang telah disediakan oleh petugas dengan menggunakan laman web tersebut. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para belia dapat mengetahui tahap ketangkasan mereka dalam aktiviti menaip serta mengembangkan lagi ilmu perkomputeran dalam bidang ICT.

Gambar Disini