Tujuan

Tujuan aktiviti ini jalankan untuk membantu usahawan memasukkan produk jualan di tiktok dengan menggunakan website tiktok seller center. Selain itu, usahawan boleh mengemaskini kedai online mereka di tiktok dan sentiasa memastikan stok barangan yang dijual telah dikemaskini. Di samping itu, platform tiktok shop ini dapat meluaskan lagi perniagaan dan meningkatkan pelbagai jenis jualan usahawan dengan menggunakan akaun tiktok shop.

Aktiviti

Petugas yang membimbing usahawan NADI telah memberikan tunjuk ajar mengenai cara untuk memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Gambar produk merupakan perkara paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan platform yang baik sangat penting untuk menarik perhatian dan minat pelanggang. Affiliate marketing juga adalah satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Usahawan hanya perlu mempromosikan produk dari pelbagai seller ataupun link produk daripada syarikat mahupun individu lain untuk menarik minat para pelanggan.

Gambar Disini