Pengukuhan Pendidikan STEM dalam kalangan murid-murid sekolah. Aktiviti ini menggunakan laman web Engineering.com sebagai aktiviti secara atas talian dan bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Aktiviti

Petugas NADI memberi penerangan kepada pelajar maksud STEM iaitu singkatan kepada bidang Science (S), Technology (T), Engineering (E), Mathemathics (M). Petugas menerangkan aktiviti STEM yang akan dibuat itu sebuah permainan minda yang memerlukan pelajar untuk berfikir bagaimana untuk membina jambatan yang kukuh agar dapat dilalui oleh watak dalam permainan tersebut. Petugas juga menunjukan demo kepada pelajar cara-cara untuk bermain permainan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat mengembangkan upaya berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.

Gambar Disini