Nama         :  Muhammad Fariz Afzan Bin Gerald

 Umur         :  10 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Fariz Afzan merupakan seorang pelajar Tahun 4. Adik Fariz berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan tinggal berdekatan dengan PEDi Kg Ranau. Adik Fariz juga telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2019. Beliau juga sangat tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Selain itu, adik Fariz juga rajin mengikuti kelas ICT untuk mendapatkan kemahiran ICT daripada PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat kerja sekolah. Adik Fariz juga turut mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengiktui e-tuisyen PEDi untuk menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Kg Ranau, Adik Fariz kurang pendedahan dengan ilmu pengetahuan Komputer serta kurang mengetahui tentang Program yang diadakan di PEDi seperti advokasi klik dengan bijak. Adik Fariz hanya menjalankan aktiviti sekolah dan bermain bersama rakan-rakannya pada waktu Lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penglibatan di PEDi Kg Ranau, Adik Fariz kini telah mengetahui betapa pentingnya ilmu ICT kepadanya serta pentingnya kesedaran Komputer pada masa kini. Sepanjang adik Fariz mengikuti kelas ICT, beliau telah mempelajari tentang Komputer serta fungsi dan penggunaannya . Adik Fariz juga telah mempelajari asas dalam Microsoft Office serta menyertai kelas KDB sebagai ilmu kepenggunaan dan tanggunjawaban apabila melayari internet di dalam dunia maya.