CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Nor Azean Asyurah Binti Asdie

 Umur        :  13 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Nur Azean berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu yang berumur 13 tahun, merupakan pelajar sekolah menengah kota marudu. Adik Nur Azean juga adalah seorang pelajar tingkatan 1 di SMK Kota Marudu dan telahpun menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Nur Azean juga sangat berminat dengan kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Adik Nur Azean juga rajin mengikuti kelas ICT seperti microsoft word, power point dan excel bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Nur Azean juga mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Adik Nur Azean hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office word, power point dan excel. Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Adik Nur Azean juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian aplikasi canva. Adik Nur Azean juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Adik Nur Azean kini menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan internet pada masa kini. Adik Nur Azean juga menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Nur Azean juga turut mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB bersama petugas PEDi Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Nur Azean telah berjaya menguasai asas microsoft office word, power point dan excel. Di samping itu, Adik Nur Azean juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau serta menggunakan PEDi sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.