CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI, MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN STEM

Nama         :  Nur Asfiratulliani Binti Jemari

 Umur        :  10 Tahun

 Ahli           :  2023

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Nur Asfiratulliani berasal daripada Kampung Balagaton Kota Marudu. Beliau berumur 10 tahun dan merupakan pelajar sekolah rendah SK Ranau kota marudu. Adik Asfira juga adalah seorang pelajar tahun 4 di SK Ranau Kota Marudu dan telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2023. Adik Asfira juga sangat tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Beliau rajin mengikuti kelas ICT untuk mendapatkan kemahiran ICT daripada PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Asfira juga mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah nya. Adik Asfira juga sangat berminat untuk mengikuti pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan di PEDi Kg Ranau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Adik Asfira hanya menjalankan aktiviti hariannya dirumah dan sekolah sahaja. Adik Asfira juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang advokasi klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. Di samping itu, Adik Asfira juga tidak tahu menggunakan asas Microsoft office word dan kurang mengetahui tentang penggunaan Microsoft office yang lain seperti powerpoint, excel dan publisher. Dari segi, pengetahuan tentang multimedia, Adik Asfira juga tidak mempunyai asas dalam penyuntingan imej dan pengeditan video.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Adik Asfira telah mengetahui tentang kepentingan internet dan komputer di dalam kehidupan masyarakat kini. Adik Asfira menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Asfira juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas PEDi Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Asfira juga telah berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian komputer yang lain. Di samping itu, Adik Asfira juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Selain daripada itu, Adik Asfira juga menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan mencari bahan rujukan mengenai pembelajaran beliau.