Nama         :  Mohd Ardhani Bin Mohd Zaini

 Umur         :  29 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Ardhani menjalankan perniagaan Makanan iaitu Produk Sambal Belacan. Beliau berusia 29 Tahun dan merupakan Ikon Usahawan PEDi Kg Ranau 2022-2023. Beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai peniaga goreng pisang jalanan dan mula menceburi bidang pencetakan sebagai agent/dropship terlebih dahulu kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan.Dan kini mula mencabar diri dengan menjalankan perniagaan makanan sendiri iaitu Sambal Belacan Zhas Recipe. Oleh yang demikian, beliau mempunyai dua perniagaan iaitu perkhidmatan cetakan dan juga perniagaan makanan. Hasil daripada usaha keras beliau berjaya mendapatkan dana (geran perniagaan) atau modal daripada DIDR dan Sebagainya, Produk beliau semakin dikenali dan mendapat peningkatan pendapatan dengan pemasaran digital ( E-dagang Shopee). Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan PEDi, kini perniagaan beliau semakin dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet (Nama dahulu) di area sekitar PEDi pada tahun 2018 dan 2019 dan tempahan sticker semakin meningkat melalui hebahan pameran kepada komuniti setempat dan juga bantuan promosi daripada petugas PEDi Kg Ranau. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Pertandingan Usahawan Baru Online PIK pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, Encik Mohd Ardhani telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PEDi dan merupakan salah seorang Peserta usahawan yang aktif bersama PEDi Kg Ranau dalam pertandingan Usahawan Digital PIK dan juga Peserta usahawan Program Pembangunan E-Dagang Shopee Komuniti Sabah Anjuran MCMC Sabah bersama PEDi Kg Ranau ( Dianugerahkan Usahawan Harapan Shopee). Tidak dinafikan, PEDi membantu dari segi peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 30% sepanjang Program Usahawan yang disertai oleh Encik Mohd Ardhani pada tahun 2021 walaupun didalam keadaan Pandemik pada ketika itu beliau tetap bersemangat dan berusaha. Begitujuga dengan Petugas sentiasa memberi sokongan dan promosi hebahan kepada perniagaan beliau di Media Sosial sehinggalah kini beliau adalah salah seorang peserta usahawan daripada Sabah (Seliaan TM) yang dijemput oleh MCMC, Pihak TM & MSD untuk mengadakan Pameran Produk bersama barisan usahawan yang hebat-hebat di Majlis Persidangan PEDi Madani 2023.

Gambar Disini