Nama         :  Amir Sah Bin Samsul Qamar

 Umur         :  33 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Amir Sah Bin Samsul Qamar berasal daripada Kudat tetapi kini beliau menetap di Kampung Ranau Kota Marudu bersama pasangannya. Encik Amir Sah berumur 33 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun. Beliau merupakan seorang ahli perubatan secara tradisional yang menggunakan kaedah Islam melalui Al-quran , zikir dan Doa. Pusat tersebut dikenali sebagai pusat rawatan Tasbih Putih yang telahpun beroperasi selama 5 tahun disekitar daerah kota marudu. Untuk menambah lagi pendapatan beliau, encik Amir menjalankan perniagaan secara online dan menjadi agent perniagaan madu yang dikenali sebagai madu As-sunnah iaitu madu tualang, madu tualang power, dan juga madu hijau. Selain daripada itu beliau juga turut menjual garam bukit khas untuk merawat pesakit. 

 

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker secara online dan offline iaitu menggunakan perisian Adobe Photoshop dan PIXLR
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
  • PI membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan