Nama         :  Norlaila Binti Naruddin

 Umur         :  21 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cik Norlaila berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan merupakan lepasan pelajar STPM. Hasrat beliau untuk menceburi bidang perniagaan amat tinggi dan ingin mempertingkatkan kemahiran diri dari pelbagai jenis kemahiran terutama dalam bidang pemasaran dan juga ICT. Oleh  yang demikian, beliau mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau Sabah pada tahun 2018 untuk mengikuti program-program dan juga kelas ICT dan keusahawanan yang dianjurkan secara percuma oleh Pusat Internet Kg Ranau. Disamping menjalankan perniagaan secara online ini, beliau turut mencari pengalaman kerja bagi mendapatkan wang atau pendapatan lebih. Dan kini beliau sedang berkerja di Restoran Pizza Hut sambil menjalankan perniagaan emasnya secara online sewaktu masa lapang. Cik Norlaila juga giat aktif dan turut memberi kerjasama dengan setiap anjuran program atau aktiviti di Pusat Internet. Sepanjang PKP dilaksanakan, Cik Norlaila turut mendapat bantuan dan bimbingan pemasaran daripada petugas melalui talian whatsapp dan aktif menjalankan perniagaan emasnya secara online melalui media sosial dan platform whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Cik Norlaila hanya menceburi diri didalam penglibatan aktiviti kelab Belia Kampung sahaja tanpa mengikuti sebarang latihan keusahawanan dari mana-mana pihak. Dan pada ketika itu, beliau belum terfikir untuk menceburi diri dalam perniagaan secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Cik Norlaila kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan Online Emas beliau. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. kini perniagaan beliau lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya serta didalam aplikasi whatsapp untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan.