Nama         :  Grace Anak Talip

 Umur         :  19 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Grace merupakan pelajar yang sedang menuntut di Kolej Komuniti Beaufort sekarang.  Pada tahun 2019, sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM, Cik Grace telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam persekolahan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Cik Grace hanya menjalankan aktiviti hariannya membantu ibubapa membuat kerja-kerja rumah. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat, dengan adanya kemudahan Pusat Internet berhampiran dengan kampungnya, beliau menggunakan kemudahan komputer untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Cik Grace menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan terus mengikuti setiap kelas ICT dan usahawan yang dianjurkan oleh para petugas di pusat internet. Antara kelas ICT yang beliau telah pelajari seperti penggunaan komputer dengan betul dan asas Microsoft office dan juga media ICT melalui Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain. Beliau juga banyak membantu menjayakan aktiviti atau program di Pusat Internet Kg Ranau sebelum beliau menyambung pelajarannya. Disamping itu, Cik Grace menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer untuk mencari pekerjaan dan peluang persekolahan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PI dalam membuat Resume. Kini, Cik Grace telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT serta banyak membantu dalam pembelajarannya sekarang di Kolej Komuniti.