SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN RANAU
Sekolah Kebangsaan Ranau adalah sekolah rendah yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dan ditadbir dibawah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu. Sekolah ini hanya terletak berdekatan 0.1 kilometer dengan Pusat internet kampung Ranau. Di anggarkan sekolah ini memiliki 322 jumlah murid sekolah.
PRA-SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN RANAU
Prasekolah sekolah kebangsaan Ranau merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan prasekolah ini bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
SEKOLAH PENILAIAN ASAS FARDHU AIN( PAFA)
Sekolah PAFA yang bertempat di kampung Ranau bersebelahan dengan Masjid Nawarah merupakan sekolah yang mengajar dan membentuk murid-murid dalam mengetahui, memahami dan mengamalkan Perkara Asas Fardu Ain(PAFA) yang terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam.
Sumber Rujukan / Carian : Gambar diambil sendiri oleh Petugas