Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point kepada pelajar sekolah dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Pelajar terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PIK Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini .  Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.

Gambar Disini