Tarikh : 10 Oktober 2024 Masa : 11:00 Am - 1:00 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 24 Orang |
Tujuan
Jabatan Penerangan Daerah Kota Marudu memohon mengadakan kunjungan sambil belajar bersama NGO Komuniti Madani di NADI Daerah Kota Marudu di mana NADI Kg Ranau merupakan salah satu tempat yang akan terlibat sama dalam menjayakan program ini. Terdapat 3 Kawasan DUN yang terlibat iaitu Dun Bandau, Dun Tandek dan Dun Matunggong yang mana setiap DUN akan dihantar wakil untuk menhadiri program ini. Jabatan Penerangan akan berkunjung ke NADI Kawasan Kota Marudu bersama-sama dengan komunti yang terlibat.
Aktiviti
Dalam program ini, NADI Kg Ranau memberi taklimat berkaitan dengan Keselamatn internet. Komuniti yang hadir akan mempelajari tentang cara-cara menggunakan internet dengan cara yang betul dan tidak menyalahgunakan internet. Selain itu, petugas juga memberi taklimat cara-cara melaporkan kes-kes penyalahgunaan internet. Selepas taklimat selesai, petugas memberikan kuiz berkaitan dengan keselamatan internet bertujuan untuk melihat kefahaman komuniti tentang topik yang telah dibincangkan. Sepanjang aktiviti ini, komuniti sangat memberi perhatian dan fokus ketika petugas memberikan taklimat. Diharap penglibatan dari Jabatan ini dapat meningkatkan lagi promosi perkhidmatan NADI kawasan Kota Marudu.