Tujuan

Kelas Advokasi Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju. Aktiviti ini juga bertujuan bagi mempromosikan kempen daripada SKMM tentang kebenaran bersuara "Kebebasan Bersuara bukan kebebasan berbohong".

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PIK Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan medium Youtube . Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.

Gambar Disini