Tarikh : 07 Mei 2021 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti e-learning bahasa malaysia tahun 6 dan tahun 3ini dijalankan untuk membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam penggunaan bahasa malaysia dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PIK Kg Ranau memanfaatkan keahlian dan masa terluang mereka dengan baik dan berguna.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa Malaysia terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu E-learning www.proprofs.com/quiz-school dan menerokai dengan lebih terperinci kuiz secara atas talian bahasa malaysia yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.