Tarikh : 23 Jun 2021 Masa : 10.00Am - 4.30Pm Lokasi : Zoom Meeting Peserta : 58 Orang |
Tujuan
Bengkel Kewartawanan peranti (MOJO) anjuran daripada MCMC Sabah ini merupakan satu inisiatif agar para petugas PIK mendapatkan kemahiran atau pengetahuan baru tentang menyalurkan informasi atau berita dengan cara baru iaitu menggunakan platform telefon pintar. Melalui bengkel ini petugas PIK akan mendapat kemahiran baru iaitu mengetahui asas-asas nilai berita,kaedah penyampaian serta kemahiran penerbitan/pembuatan video dan berita yang menarik atau sahih secara terus kepada masyarakat. Bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya ilmu asas MOJO ini dalam kalangan petugas terutama untuk membantu menyalurkan atau menyampaikan maklumat yang betul dan mengangkat isu, cerita atau kisah penting dalam sesebuah masyarakat.
Aktiviti
Bengkel dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform zoom meeting. Diseliakan oleh Miss Nadiah Rosli seorang wartawan bebas yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan Peranti (MOJO) dan merupakan seorang Project Director di Internews Network Kuala Lumpur. Bengkel hari kedua ini turut dihadiri dengan Seorang professional dalam bidang Fotografi dan videografi iaitu Encik Mohd Idremzizan Idris atau lebih dikenali sebagai Jebat (Jebat Legacy) yang mana merupakan salah seorang guru fotografi dan seorang pengasas kepada Kinabalu Photo Festival Sabah serta berjawatan sebagai CEO/ President di Bebayu Akademi sejak tahun 2004 sehingga kini. Beliau juga turut membantu petugas dalam menyelesaikan tugasan bengkel MOJO sepanjang bengkel dijalankan.