Tarikh : 09 Julai 2021 Masa : 8.00Am - 9.00Am Lokasi : Online Peserta : Terbuka |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini dijalankan melalui perkongsian atau penyampaian ilmu berbentuk video slide daripada petugas. Bertujuan agar para peniaga atau usahawan online disekitar Pik Kampung Ranau dapat mengetahui apakah kepentingan logo produk didalam perniagaan mereka. Aktiviti ini juga dijalankan agar PIK dapat terus menyampaikan maklumat atau kelas melalui atas talian dengan perkongsian berikut disepanjang tempoh total lockdown 3.0 ini. Tujuan lain ialah agar PIK dijadikan rujukan agar para peniaga mendapatkan latihan keusahawanan secara langsung dan menjadikan PIK sebagai pusat latihan asas keusahawanan dalam masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform video dan disiarkan ke laman facebook page Pik Kampung Ranau dan juga Group whatsapp serta platform media lain sebagai aktiviti pembelajaran kepada komuniti secara langsung. Siaran kelas video ini mendapat jumlah tontonan atau views sebanyak 25 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau dan juga Instagram.