Tujuan

Program sembang santai siri III ini merupakan anjuran daripada Jabatan Penerangan Malaysia. Program ini bertujuan bagi membincangkan tentang isu-isu semasa sekarang iaitu Berita Palsu dan bagaimana atau usaha SKMM serta PIK dalam menangani masalah ini terutama didalam masyarakat setempat. Program sembang santai ini bertujuan bagi menyampaikan kepada masyarakat sekeliling tentang padah atau kesan dalam menyebarkan sesuatu berita palsu atau tidak benar. Berkongsi atau memberi maklumat kepada masyarakat bagaimana hendak membuat penilaian sesuatu berita yang benar dan palsu dengan merujuk laman-laman web sahih seperti sebenarnya.my. Bertujuan agar menyemai nilai tanggungjawab dalam diri masyarakat dalam berkongsi atau menyebarkan sesuatu berita iaitu dengan membuat penilaian kendiri (SURE) baru kongsi. 

Aktiviti

Program  ini dijalankan secara atas talian iaitu melalui google meet dan ahli panel merupakan Puan Suhaila Binti Jaffar selaku timbalan pengarah MCMC Sabah mengulas secara terperinci tentang topik yang dibicarakan dan petugas PIK membantu dalam mengutarakan langkah-langkah dalam mengatasi penyebaran berita palsu yang kini berlaku secara berleluasa. Peserta program adalah seramai 160 Orang dan 50 orang daripada jumlah tersebut adalah pelajar IPTS/IPTA.

Gambar disini