Tarikh : 1 Ogos 2021 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas Usahawan 2 ini diteruskan supaya para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform Yezza dan Shopee. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Shopee berdasarkan slide yang telah disediakan. Para peserta akan dapat belajar cara menjana pendapatan melalui aplikasi Shopee, asas ilmu menjual di Shopee dan peralatan yang perlu digunakan. Para usahawan diberi pilihan untuk bebas memilih cara pemasaran e-commerce dalam pertandingan ini.
Aktiviti
Kelas Online ini menggunakan aplikasi google meet. Peserta boleh mengikuti kelas ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet. Sesi soal jawab juga dibuat supaya peserta usahawan lebih memahami objektif kelas ini.