Tarikh : 04 Ogos 2021 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan dengan tajuk Bina Kedai Online ini diteruskan supaya para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform Yezza. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Yezza dengan menunjukkan video yang telah disediakan. Latihan keusahawan ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Yezza untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.
Aktiviti
Kelas Online ini menggunakan aplikasi Google Meet. Petugas memberi penerangan dan sesi soal jawab juga dibuat supaya peserta usahawan lebih memahami objektif kelas ini.