Tujuan

Latihan Keusahawanan secara atas talian ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan menggunakan Google Meet kepada ahli PI dengan memfokuskan suntingan imej produk menggunakan aplikasi Photo Room. Petugas memberi latihan keusahawanan secara atas talian untuk membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana cara menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial menggunakan telefon. 

Aktiviti

Petugas PIK memberi penerangan tentang kepentingan kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Photo Room. Melalui latihan ini, para usahawan masih dapat menimba ilmu melalui pembelajaran secara atas talian.

Gambar Disini