Tarikh : 18 Ogos 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ICT secara atas talian dengan kerjasama dari PIK Kluster Kota Marudu. Tenaga pengajar iaitu Cik Anim Sri Mastika pengurus PIK Kg Tingkalanon dan dibantu oleh petugas-petugas yang lain. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2013 kepada ahli PIK yang ingin mempelajari untuk membuat penerbitan seperti calender, brosure, banner dan kad nama yang boleh dihasilkan oleh perisian ini. Objektif kelas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan secara atas talian menggunakan google meet dan peserta diajar secara asas menggunakan perisian ini daripada Petugas PI dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2013. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Publisher 2013 serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2013 dengan adanya kelas ICT ini.