Tujuan

Program Bicara KDB "Lindungi Identiti Digital anda"  bersama moderator Encik Ts. Md Tahir Musa dan panel penceramah Cik Evonne Leonara Simon diadakan secara atas talian menggunakan page FB Klik dengan Bijak. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya melindungi identiti digital. Identiti Digital (ID Digital) yang diperkenalkan oleh MCMC adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan merujuk kepada sumber tunggal yang sahih berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik seperti nama dan lain-lain bagi digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang selamat, terjamin dan terlindung.

 
Aktiviti

Program Bicara KDB "Lindungi Identiti Digital anda" dimulakan dengan sesi penerangan maksud identiti digital anda. Panel turut menerangkan beberapa langkah yang harus masyarakat ambil tahu dalam melindungi data idenditi digital mereka. Inisiatif kerajaan memperkenalkan ID Digital ini sebagai proses pengesahan identiti seseorang boleh dilakukan melalui medium seperti telefon pintar, peranti elektronik, kad pintar dan lain-lain teknologi di masa hadapan. Sesi soal jawab turut diadakan supaya masyarakat lebih memahami topik ini.

Gambar Disini