Tarikh : 20 September 2021 Masa : 2.30 Pm- 3.30 Pm Lokasi : Microsoft Team Peserta : 158 Orang |
Tujuan
Talimat ringkas kepada PIK daripada Jabatan Bantuan Guaman ini merupakan kerjasama MCMC dan Jabatan Bantuan Guaman Sabah untuk membantu komuniti yang berada diluar bandar Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan bantuan guaman dari jabatan mereka. Memandangkan pejabat Jabatan Bantuan Guaman ini hanya terletak di Kota Kinabalu, mereka ingin menggunakan kemudahan PIK setempat yang mempunyai kemudahan bilik latihan untuk memudahkan urusan komuniti. Sejak pandamik covid 19 ini menyebabkan komuniti untuk sukar datang ke Kota Kinabalu.
Aktiviti
Taklimat ini menggunakan Microsoft Team, dan Puan Suhaila binti Jaffar wakil MCMC Sabah memberi penerangan kepada petugas mengenai objektif taklimat ini. Dan diteruskan penerangan dari Jabatan Bantuan Guaman mengenai kerjasama ini untuk membantu komuniti yang memerlukan perkhidmatan khidmat nasihat dan bantuan guaman dari jabatan mereka. Sesi soal jawab turut diadakan supaya petugas PIK lebih memahami objektif taklimat ini.