Tujuan

Program Pembangunan E-Dagang Komuniti Sabah (Shopee E-Pasar Sabah) ini merupakan kerjasama MCMC Sabah dan Kluster PIK Kudat dan Kota Marudu untuk membantu para usahawan menggunakan platform e-Dagang Shopee untuk mempromosikan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka. Penceramah program ini adalah En. Azlee Bin Okee merupakan founder E-Pasar Sabah. Setiap PIK menghantar 4 usahawan untuk menyertai program ini. Program ini berfungsi untuk memberi peluang dan ruang kepada para usahawan  untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan edagang serta membolehkan mereka menggunakan pelbagai aplikasi dan peralatan digital untuk memperkembangkan dan membaiki kecekapan perniagaan mereka. 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai program ini. Penceramah program ini adalah En. Azlee Bin Okee. Platform E-Shopee diajar kepada para peserta untuk membantu mereka membuka akaun kedai di Shopee. Sesi soal jawab turut diadakan supaya petugas PIK lebih memahami objektif taklimat ini.

Gambar Disini