Tarikh : 17 Oktober 2021 Masa : 10.00 Am - 11.00 Am Lokasi : Aplikasi Zoom Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas Shopee sesi praktikal buka akaun Kedai di Shopee ini diteruskan supaya para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform ini. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Shoppe dengan menunjukkan contoh akaun yang telah berjaya dibuat menggunakan aplikasi zoom bersama peserta yang ingin belajar membuka akaun menjual di Shopee. Kelas ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada ahli PIK untuk membuka akaun Shopee. Kelas ini dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Petugas mengajar secara praktikal kepada peserta secara terperinci agar peserta dapat menyiapkan secara total akaun kedai di Shopee. Hal ini bertujuan agar para peserta lebih memahami secara telus melalui kelas pembelajaran yang dibuat secara atas talian ini.