Tarikh : 09 November 2021 Masa : 2.30Pm - 3.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB & Kuiz ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PIK Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial. Sesi menjawab kuiz secara atas talian https://quizizz.com/admin/quiz//kuiz-kdb. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.