Tujuan

Perbadanan Baitumal Negeri Sabah telah menjalankan peperiksaan secara online iaitu Peperiksaan memasuki Perkhidmatan Pembantu Tadbir N19 pada 10hb November 2021. Pusat Internet Komuniti Kampung Ranau menjadi Pusat tumpuan kepada pemohon pekerjaan SPA9 dan kerajaan negeri untuk menghadiri peperiksaan secara atas talian tersebut dengan kemudahan kelajuan capaian internet  dan juga perkhidmatan komputer kepada ahli pengguna PIK. Bertujuan sebagai pusat kemudahan komuniti yang dekat dan mudah untuk dikunjungi.

Aktiviti

Petugas membantu dari segi persediaan Komputer serta alat bantu peperiksaan seperti alat tulis, buku catatan dan juga mesin kira-kira (saintifik kalkulator). Sepanjang peperiksaan dijalankan petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.

Gambar Disini