Tarikh : 10 November 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word 2013 untuk pelajar sekolah dijalankan untuk memperkenalkan kepada mereka tentang asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2013. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan di PIK dengan mematuhi standard SOP yang telah ditetapkan. Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2013. Petugas juga mengajar cara-cara memasukkan gambar dan menyunting teks. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka 2013 dengan adanya kelas ini.