Tujuan

Program Live Pusat Internet Komuniti  Kg Ranau dengan tajuk Perkongsian Cara Pembungkusan Barang J&T dan PosLaju  diadakan secara live di  Facebook PIK Kg Ranau. Panel jemputan usahawan untuk program ini adalah En. Mohd Ardhani bin Mohd Zaini merupakan pengurus Zhas Studio. Beliau merupakan bekas peserta Tube 6.0 serta penerima geran SME Corp Malaysia tahun 2019 dan penerima geran BAIKS DIDR Sabah tahun 2020. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para usahawan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran barang J&T dan Poslaju. Terdapat beberapa terma dan syarat perkhidmatan yang menjadi kontrak yang dipersetujui di antara pengirim dan J&T dserta Poslaju apabila pengirim menggunakan perkhidmatan mereka.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan latar belakang panel jemputan iaitu En. Mohd Ardhani bin Mohd Zaini dan dibantu oleh Pengurus PIK Kg Ranau sebagai moderator. Kemudian sesi penerangan tentang Perkongsian Cara Pembungkusan Barang J&T dan PosLaju daripada panel jemputanAkhir daripada aktiviti ini sesi soal jawab bersama panel jemputan turut dibuat. Perkongsian mengenai ilmu usahawan masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.

Gambar Disini