Tujuan

Program pembangunan E Dagang Komuniti Sabah ( E Pasar Shopee Sabah) Anjuran MCMC Sabah mengadakan Kursus Modul Pertengahan Marketing Shopee bersama Usahawan Kluster PIK Kudat dan Kota Marudu. Penceramah untuk kursus ini adalah En. Azlee merupakan pengasas E-Pasar Sabah. Beliau memberi penerangan cara-cara menggunakan seller center yang terdapat dalam akaun menjual di Shoppe . Kelas ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.

Aktiviti

En. Azlee memberi tunjuk ajar kepada setiap usahawan cara-cara menggunakan Shopee Ads. Kelas ini dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Hal ini bertujuan agar para peserta lebih memahami secara telus melalui kelas pembelajaran yang dibuat secara atas talian ini. 

Gambar Disini