Tarikh : 06 Disember 2021 Masa : 3.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi Menilai Sumber di Internet ini dijalankan supaya pelajar lebih sentiasa berwaspada dengan maklumat yang diperolehi di Internet dan membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri . Selain itu, pelajar diajar supaya harus sentiasa berfikir mengenai apa yang tidak lengkap atau tidak kena di sesebuah laman web. Aktiviti ini juga bertujuan bagi mempromosikan kempen daripada SKMM tentang kebenaran bersuara "Kebebasan Bersuara bukan kebebasan berbohong".
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas tentang topik pembelajaran Advokasi KDB menilai sumber di internet dengan menggunakan medium Youtube . Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.