Tujuan

Kelas cara daftar Google My Business diadakan secara atas talian bertujuan membantu para usahawan dalam  memaparkan maklumat bisnes mereka. Google my Business merupakan salah satu fungsi yang disediakan khas oleh Google untuk para usahawan memasarkan bisnes mereka secara atas talian dengan lebih mudah. Setiap bisnes yang telah didaftarkan dapat ditemui oleh pelanggan dengan lebih mudah melalui Google My Business kerana ia dapat memaparkan maklumat bisnes anda seperti lokasi, waktu operasi, pautan laman web, alamat emel, nombor telefon untuk dihubungi dan lain-lain.

Aktiviti

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas menggunakan slide yang telah disediakan. Setiap usahawan mengikuti kelas ini dengan melihat FB Live PEDi Kg Ranau. Latihan keusahawanan daripada PEDi Kg Ranau tetap diteruskan secara atas talian, supaya para usahawan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. 

Gambar Disini