Tujuan

Aktiviti advokasi Kepentingan & kekurangan Youtube  bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang topik ini. Hal ini kerana laman web Youtube kini semakin popular dan diguna pakai dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pemasaran, komedi, muzik dan banyak lagi. Antara kebaikan laman web Youtube ialah boleh didaftar dan digunakan secara percuma seumur hidup. Tiada bayaran pendaftaran mahupun lain-lain bayaran yang dikenakan. 

 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang Kepentingan dan Kekurangan Youtube. Penayangan video menggunakan youtube dapat memberi pengetahuan lebih kepada pelajar kerana aplikasi ini mempunyai interaktif yang menarik. Petugas juga memberikan penerangan dan membuat sesi soal jawab kepada pelajar. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre. 

Gambar Disini