Tarikh : 14 Januari 2022 Masa : 2.30 Pm - 3.30 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas Editing Poster menggunakan Canva dan Adobe Photoshop bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada para pelajar sekolah dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini untuk membuat poster . Disamping itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka dan sekaligus mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka .
Aktiviti
Kelas Software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan poster mengikut hasil kreativiti mereka. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara online dan menggunakan aplikasi lain seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.