Tarikh : 15 Januari 2022 Masa : 9.00 Am- 12.00 Pm Lokasi : Aplikasi Zoom Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kursus Pengendalian Makanan merupakan kerjasama Akademi Intan Bandaraaya, Perdiks Tuaran dan PEDi. Tujuan kursus ini untuk membantu para peserta memahami isu-isu dan punca keracunan makanan. Setiap PEDi menghantar wakil peserta untuk menyertai kursus ini. Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman dan bahan kimia. Pengusaha makanan dan pekerja yang terlibat dengan pengurusan makanan wajib mengikuti kursus ini.
Aktiviti
Kursus ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai program ini. Penceramah Kursus ini adalah En. Jeffrey Rodius Timbuong. Sesi soal jawab turut diadakan supaya peserta lebih memahami objektif taklimat ini.