Tarikh : 08 Februari 2022 Masa : 3.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran ICT secara berterusan kepada para pelajara sekolah. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan dengan tema "Jom Sihat" kepada pelajar dan mereka di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.