Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk Pengenalan Perniagaan kepada usahawan baru PEDi Kg Ranau merupakan sesi kelas pertama bertujuan untuk memberi pengenalan definisi perniagaan seterusnya petugas menerangkan beberapa kelas yang akan dijalankan sepanjang mengikuti Latihan Keusahawanan. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia  juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. 

Aktiviti

Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet  dan dimulai dengan sesi pengenalan tentang latihan keusahawanan tentang pengenalan perniagaan daripada petugas PEDi.  Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online. 

Gambar Disini