Tujuan

Persatuan Guru-Guru KAFA Kota Marudu, Sabah menggunakan perkhidmatan komputer PEDi Kg Ranau untuk mengemaskini  SIMPENI data maklumat kemasukan pelajar baru  . Mereka menggunakan laman web Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam  SIMPENI . Selain itu, tujuan lain program ini ialah bagi menyampaikan objektif PEDi kepada komuniti kepada guru-guru Kafa Kota Marudu. 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru PEDi Kg Ranau dalam kalangan guru-guru kafa kota marudu.  Selepas itu, petugas menerangkan secara ringkas tentang Kemudahan yang terdapat dalam PEDi ini. Setiap sesi hanya 5 orang guru yang dibenarkan masuk untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.  Guru-guru Kafa meneruskan tugasan mereka dengan menggunakan komputer dan kemudahan WIFI yang disediakan dalam PEDi Kg Ranau. 

Gambar Disini