Tarikh : 12 Mac 2022 Masa : 2.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Teknik Mail Merge bersama ahli PEDi kampung Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan dengan Microsoft Word. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan teknik mail merge dalam menyediakan sijil penghargaan, sijil penyertaan dan sebagainya.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi.