Aktiviti coloring dijalankan menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi kampung RanauSelain itu, objektif aktiviti ini dijalankan bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Bertujuan bagi meningkatkan daya tumpuan mereka untuk menyiapkan tugasan dan mereka juga dapat belajar merancang untuk memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan laman web https://my.qwertygame.com/tags/coloring-games/Para peserta telah diberikan satu gambar untuk mereka warnakan dengan mengikuti kreativiti masing-masing. Petugas juga telah memantau mereka dalam aktiviti ini dari segi penggunaan komputer tersebut. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka  dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi. 

Gambar Disini