Tarikh : 16 Mac 2022 Masa : 2.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan dengan tajuk Perbezaan logo dan stiker label bertujuan untuk memberi penerangan tentang perbezaan logo dan stiker label dalam perniagaan yang dijalankan. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan dimulai dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang perbezaan logo dan stiker label daripada petugas PEDi. Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online.